Simkad Prepaid Onexox mampu milik hanya RM10

Ahad, 10 Februari 2013

Isnin, 4 Februari 2013

BR1M 2.0 hari ini

WARTAWAN SINAR HARIAN

4 Februari 2013

KLUANG - Kira-kira 16,000 keluarga di kawasan Parlimen Kluang bakal menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bermula hari ini.

Bantuan diagihkan selama empat hari hingga 8 Februari di dua lokasi iaitu Dewan Sultan Ibrahim Ismail dan Dewan Kampung Melayu, dekat sini.

Ahli Parlimen Kluang, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, pengagihan BR1M 2.0 bagi fasa pertama itu melibatkan dua kawasan Mengkibol dan Mahkota.

“Pada tahun ini, kami jangkakan ada peningkatan jumlah penerima berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 28,000 keluarga,” katanya.

Beliau melancarkan program My Beautiful Malaysia peringkat daerah Kluang di Dataran Persiaran Dato’ Ismail Hassan, di sini, semalam.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/br1m-2-0-hari-ini-1.128125