Simkad Prepaid Onexox mampu milik hanya RM10

Ahad, 27 Julai 2008

Dah dekat kiamat dah...

DAH DEKAT DAH...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah..... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu....... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal.... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar.... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar 'lurah aku', betapa besar pinggul aku', betapa ramping badan ku.... betapa 'flat' perut ku ..... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie........ macam macam kan ....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar..' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai..

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

Selasa, 22 Julai 2008

WUDUK ZAHIR DAN BATIN

Wudhuk zahir dan batin
> ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
> Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya..

Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya
kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang
khusyuk.
>
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?' Hatim berkata,
>
'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air'.
> Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
>
> * Bertaubat
> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> * Tidak tergila-gilakan dunia
> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> * Tinggalkan sifat berbangga
> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> * Meninggalkan sifat dengki.'
>
> Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
>
> Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
> 2.Syurga di sebelah kananku,
> 3.Neraka di sebelah kiriku,
> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.'
>
> 'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'
>
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
>
Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2.
>
> Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
>
> Salam Ukhwah

Fw: burger skang dlm tin




Isnin, 14 Julai 2008

Kenapa Orang Melayu Makan Guna Tangan


Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:”

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Jumaat, 11 Julai 2008

Kamu semua masih mempunyai emak'?

'Kamu semua masih mempunyai emak'?kata seorg kawan masih terngiang' kat telinga aku.'Kamu semua tidak tahu rasanya tidak mempunyai emak',katanya lagi.

'Pulanglah ke kampung katanya,jengahlah emak,walaupun cuma sehari,bila emak sudah tiada,kamu pun tidak akan melihat mukanya lagi,dan kamu tidak akan perlu merungut penat memandu pulang ke kampung',kata seorg teman lagi.Saya terjaga,lekas menginsafi diri.

So,marilah kita sama2 melakukannya.Lupakan seketika kerja2 pejabat,date dgn si dia,lupakan kawan2 yg bisa kita jumpa di tepi jalan,cafe..lupakan keasyikan kota lupakan semuanya,kerana kita mesti ingat,setiap kali bulan mendap dan matahari mencerlang,hari demi hari berlalu,ada seorang perempuan tua renta duduk di muka pintu,menanti anaknya pulang meleraikan rindu dendam.Tetapi kita,selalu sgt terlupa.Jadi kawan,jika emak tidak pernah lelah dan mengalah menjahit pakaian doa untuk kita,walaupun kita tidak di hadapannya,apakah terlalu sukar utk kita pulang dan mencium dahinya?

Kawan,pulanglah ke rumah,dan renunglah tepat2 ke dalam matanya.Apakah kita semua sudah cukup bersedia mengambil alih tanggungjawabnya terhadap kita seperti 30 thn yg lalu?Selama 9 bulan 10 hari kita bersarang di rahimnya dengan nyaman.Selama 9 bln 10 hari kita menjadi darah dan dagingnya,dan apabila sampai masanya kita disyahadatkan sbg zuriat,ibu menerankan kita dr rahimnya yg dialiri darah,dgn kesakitan dan derita yg tiada tandingan.Kita tidak seharusnya saling menyakitkan hati kerana kita dgnnya bersebati spt tanah,air dan langit.Juga sehingga hari pernikahan,dia juga tempat kita mengadu sebelum kita diserahkan menjadi tanggungjawab rusuk seorg suami.Kamu tahu mengapa sukar utk seorg ibu menerima bahawa anaknya sudah tidak menjadi t'jawabnya lagi selepas diserahkan kepada seorg suami?

Kerana dia masih gusar,apakah zuriatnya sudah cukup kuat utk dilepaskan ke tengah laut yg luas terbuka,menerjang taufan,dan gelombang yg gulung gemulung...

As off now,marilah sama2 kita renungkan,raya pun dah nak dekat,so..sendiri mau ingatlah ek...