'Kamu semua masih mempunyai emak'?kata seorg kawan masih terngiang' kat telinga aku.'Kamu semua tidak tahu rasanya tidak mempunyai emak',katanya lagi.
'Pulanglah ke kampung katanya,jengahlah emak,walaupun cuma sehari,bila emak sudah tiada,kamu pun tidak akan melihat mukanya lagi,dan kamu tidak akan perlu merungut penat memandu pulang ke kampung',kata seorg teman lagi.Saya terjaga,lekas menginsafi diri.
So,marilah kita sama2 melakukannya.Lupakan seketika kerja2 pejabat,date dgn si dia,lupakan kawan2 yg bisa kita jumpa di tepi jalan,cafe..lupakan keasyikan kota lupakan semuanya,kerana kita mesti ingat,setiap kali bulan mendap dan matahari mencerlang,hari demi hari berlalu,ada seorang perempuan tua renta duduk di muka pintu,menanti anaknya pulang meleraikan rindu dendam.Tetapi kita,selalu sgt terlupa.Jadi kawan,jika emak tidak pernah lelah dan mengalah menjahit pakaian doa untuk kita,walaupun kita tidak di hadapannya,apakah terlalu sukar utk kita pulang dan mencium dahinya?
Kawan,pulanglah ke rumah,dan renunglah tepat2 ke dalam matanya.Apakah kita semua sudah cukup bersedia mengambil alih tanggungjawabnya terhadap kita seperti 30 thn yg lalu?Selama 9 bulan 10 hari kita bersarang di rahimnya dengan nyaman.Selama 9 bln 10 hari kita menjadi darah dan dagingnya,dan apabila sampai masanya kita disyahadatkan sbg zuriat,ibu menerankan kita dr rahimnya yg dialiri darah,dgn kesakitan dan derita yg tiada tandingan.Kita tidak seharusnya saling menyakitkan hati kerana kita dgnnya bersebati spt tanah,air dan langit.Juga sehingga hari pernikahan,dia juga tempat kita mengadu sebelum kita diserahkan menjadi tanggungjawab rusuk seorg suami.Kamu tahu mengapa sukar utk seorg ibu menerima bahawa anaknya sudah tidak menjadi t'jawabnya lagi selepas diserahkan kepada seorg suami?
Kerana dia masih gusar,apakah zuriatnya sudah cukup kuat utk dilepaskan ke tengah laut yg luas terbuka,menerjang taufan,dan gelombang yg gulung gemulung...
As off now,marilah sama2 kita renungkan,raya pun dah nak dekat,so..sendiri mau ingatlah ek...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan