Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik
London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas"
Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim
itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins
di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di
Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
"Menjadi
hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara
bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai
Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios,
Media
Prima.
"Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik
pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua
rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi
antara aiskrim yang paling sedap di dunia.
"Kami mahu
berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan
terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam
inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins
menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah
seumpama itu di negara ini.
"Kami mahu kegembiraan sentiasa
berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja
mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan
tawaran paling menarik," kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn
Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.
"Ini akan menjadi
satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan
hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan
boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai
kami.
"Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.
"Kami
mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang
terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi
skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.
"Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya," kata Cheah.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan