Belanjawan 2013 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib pada September tahun lalu mempunyai beberapa intipati. Antara intipati belanjawan tersebut ialah Rebat RM200 untuk belia bagi membeli telefon pintar dalam Pakej Komunikasi Belia. Pendaftaran telah dibuka bermula hari ini dan terhad untuk 1.5 juta belia sahaja dengan syarat-syarat tertentu. Pendaftaran boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang SKMM (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/).
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan