Simkad Prepaid Onexox mampu milik hanya RM10

Selasa, 7 Ogos 2012

F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda?


Pernah dengar F-Tracker? Software ni dicipta oleh anak tempatan yang tension sebab dah tiga kali laptop dia kena curi. Software ni berfungsi sebagai perangkap, ia boleh menangkap gambar pencuri saat pencuri bangsat itu menggunakan laptop yang dicuri. Bukan saja gambar malah masa, tarikh dan lokasi pencuri (IP Address) tersebut berjaya dikesan dengan F-Tracker.Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku.


Bagaimana untuk menggunakan F-Tracker?

Korang kena install F-Tracker dalam laptop korang. Saiznya kecil je cuma73.88 kb, lebih kecil dari saiz foto digital biasa. Dalam masa yang sama, korang diberikan satu akaun beserta ID dan Password di Fulamak Network.

Bila laptop korang dicuri, korang hanya perlu login di Fulamak Network (Website khas yang berfungsi bersama dengan F-Tracker) dan istiharkan bahawa laptop korang hilang iaitu pilih MISSING, kemudian SUBMIT.

Sebaik sahaja korang pilih istiharkan laptop korang dicuri, F-Tracker akan mula menjalankan operasi menangkap gambar secara berterusan (24 jam/day) dari laptop korang yang dicuri itu secara senyap.

Sebaik sahaja laptop itu berhubung dengan talian internet, F-Tracker akan segera menghantar gambar-gambar yang diambil itu dan diupload ke dalam akaun korang di Fulamak Network, beserta dengan tarikh, masa, dan IP address.

Korang boleh login semula ke dalam akaun korang di Fulamak Networkuntuk melihat hasil operasi F-Tracker. Tindakan seterusnya terpulang kepada korang, nak report polis ke, nak upload gambar tu ke facebook ke ikut kepada budi bicara korang.



Harga untuk F-tracker ni ialah RM50.00. Tapi sebelum korang beli software ni korang dibenarkan untuk test drive dulu. Cuba uji dulu bagaimana F-Tracker ni berfungsi. Tapi korang cuma boleh test drive selama 7 hari je. Bayaran yang dikenakan hanya sekali seumur hidup dan korang boleh menggunakan software ini untuk melindungi laptop kesayangan korang yang tentu sekali harganya beribu.

Apa yang lebih menarik yang korang boleh dapatkan software ni secara PERCUMA kalau korang kenalkan dengan 2 orang kawan. Setiap orang yang membeli yang korang kenalkan, akan diberikan RM30.00. Jadi dapat dua orang pembeli, F-tracker dah jadi percuma, siap untung RM10.00 lagi.

Kalau korang berminat, sama ada nak beli software ni atau nak try je, korang boleh daftar dan explore sendiri dalam tu, klik sini 

Senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju


PDRM sudah memasang sistem baru untuk
mengesan kelajuan kenderaan yang
melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo
dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah
tukar maa… tetapi sebagai rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, kita mestilah
memandu dengan berhati-hati…
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan
sistem baru perangkap hadlaju yang telah
dipasang oleh pihak PDRM:
PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh
junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit
Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg
Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at
309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi
junction.
■Under the newly constructed bridge at
289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North
junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and
455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at
11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan
junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg
Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang
junction.
■About 1km south of Bangi junction, both
south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at
289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North
junction.
■On center divider at 251.8km and 253km
after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next
to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at
198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/
Utara

■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/
Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/
Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom
junction at 10.5km.
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/
Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/
Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom
junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport,
below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when
going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,
80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction,
17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when
leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km
and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km,
80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg
Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara
Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run
after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala
LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the
Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port
Klang. Towards Klang direction, at about
13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub
junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah
Utara

■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg
Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit
80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah
Selatan

■Penang Bridge Island end. Speed limit
80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit
90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km,
afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after
KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before
Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before
Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed
limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North
Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South
Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang
Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng
Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai
Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai
Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River
Junction.
Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before
Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau
Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before
GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng
Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng
junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng
junction.
■Under the bridge at 372.6km, at
SlimRiverjunction.

sumber

Ahad, 5 Ogos 2012

A special gift for Datuk Lee Chong Wei


Cuti Umum Nuzul Quran 6 Ogos 2012 Isnin (Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu Sahaja)


Cuti umum Nuzul Quran pada 6 Ogos 2012 (Isnin) ini adalah untuk negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja. 
Ini bermakna negeri-negeri lain tidak bercuti pada 6 Ogos 2012 ini. Hanya 7 negeri ini sahaja yang akan bercuti selama 3 hari dari 4 Ogos - 6 Ogos 2012 (cuti hujung mingggu + cuti umum).
Pastinya cuti 3 hari ini digunakan sepenuhnya rakyat di negeri tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2 minggu lagi.

Mungkin jua ada yang pulang ke kampung halaman berpuasa bersama keluarga tersayang dan ada yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli belah membeli barangan dan pakaian untuk berhari raya.

Bagi penduduk negeri Selangor pastinya menggunakan kesempatan ini untuk berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur untuk membeli belah. 
Maklumlah tempat tersebut mempunyai banyak pilihan untuk membeli pakaian Hari Raya dan juga murah selain mengambil kesempatan ketidaksesakkan di Kuala Lumpur pada hari berkerja.


Selamat Menyambut cuti Nuzul Quran buat semua penduduk negeri yang mendapat cuti. Kepada penduduk negeri lain yang tidak mendapat cuti ini jangan jeles pula ya...

Aiskrim Baskin-Robbins percuma jika menang emas

Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
  
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
  
"Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media
Prima.

"Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.
  
"Kami mahu berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

"Kami mahu kegembiraan sentiasa berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan tawaran paling menarik," kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.

"Ini akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai
kami.
  
"Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.
  
"Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.
  
"Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya," kata Cheah.

- Bernama

Nuffnang Malaysia – Jana Wang Dengan Blog


Rabu, 25 Julai 2012

Stok Raya...