Simkad Prepaid Onexox mampu milik hanya RM10

Jumaat, 5 Oktober 2012

Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini


Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini

KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.
“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)




Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

iconAES
Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut. icon Lokasi AES-Terkini baru square
Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.icon Rumusan Lokasi AESicon Lokasi AES - Had Lajuicon Lokasi AES - Lampu Isyarat baru square

 

Soalan Lazim - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

auto
Soalan-soalan lazim mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES).

AES Mula Beroperasi



PETALING JAYA – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 ‘kawasan panas’ untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 ‘lokasi panas’ pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

“Kamera AES dipasang di ‘kawasan panas’ atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi,” kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran. – MStar

Lebih 60,000 Kesalahan AES Dirakam


KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.
“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiadasebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan LeeBoon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaanAES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnyamerakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

“Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akandianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukanpengendali,” katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10 kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik dan visual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju serta melanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihatantara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasikamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, iatelah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakinberkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

“Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imej diperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah,sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan,” katanya. BERNAMA

Khamis, 4 Oktober 2012

Tiket Terakhir 2012 Negeri Sembilan


2012

ATM singkir juara bertahan, Sathia bangga sentuhan pemusnah

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ibarat terbang di langit ketujuh selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia 2012 dengan penuh bergaya apabila menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan 6-3 secara aggregat pada aksi suku akhir.
Anak buah B.Sathianathan memperlihatkan kredibiliti mereka selaku antara pencabar utama kejuaraan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk merakamkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan tuan rumah di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dan kini hanya Lions XII menjadi pemisah antara pentas final yang kali terakhir dijejak pada 1966.
Pengendali ATM, B.Sathianathan nyata cukup teruja dengan kemenangan ini walaupun pada satu ketika kelebihan 1 gol yang dibawa hasil kemenangan di Selayang pada aksi peringkat pertama bingkas dipadam seawal minit kelima oleh Alif Shamsudin.
“Pemain saya menampilkan aksi cukup berdisplin, berusaha keras dan komited untuk mencatat kemenangan. Mereka mempraktikkan dengan baik arahan yang telah diberi. Saya tidak pernah risau sekalipun ketika kami bolos awal, kerana saya tahu pasukan saya boleh menjaringkan gol. Kehebatan barisan depan saya tidak perlu dipertikai,” ujar Sathianathan.
Pada aksi suku akhir kedua itu, ATM dikejutkan dengan gol  awal Alif yang menolak masuk bola menewaskan Farizal Harun hasil kekalutan di depan gol, namun ATM tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan bekas pertahanan skuad Hoben, Aidil Zafuan Abdul Radzak hasil hantaran Azmi Muslim, 4 minit kemudian.
Anak buah Azraai Khor Abdullah menggandakan asakan dan Emanuel Effa-Owona menyaksikan sepakan percuma melencongnya ditepis keluar Farizal Harun pada minit ke-19, tatkala Negeri Sembilan menyaksikan setiap usaha mereka untuk kembali menyamakan kedudukan secara aggregat menemui kegagalan.
Ghairah menyerang, memberikan lebih banyak ruang bergerak untuk ATM, dan hasil satu serang balas pantas pada minit ke-42, ATM mengukuhkan kedudukan mereka dengan defisit dua gol menerusi jaringan Marlon Alex James yang mendapat hantaran daripada Zaquan Adha.
Marlon menutup terus sisa kebangkitan sang rusa, apabila menyempurnakan hantaran lintang Bruno Sebastian Martelotto pada minit ke-56 untuk keputusan muktamad 3-1, dan 6-3 secara aggregat.
Di separuh akhir, ATM akan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar pada 5 Oktober sebelum aksi timbal balik pada 11 Oktober di Stadium Selayang.

 http://www.atmfa.my/news/atm-singkir-juara-bertahan-sathia-bangga-sentuhan-pemusnah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=atm-singkir-juara-bertahan-sathia-bangga-sentuhan-pemusnah

mStar Online : Piala Malaysia: ATM Iringi Selangor, Kelantan, Lioan XII Ke Separuh Akhir


Rabu Oktober 3, 2012

Piala Malaysia: ATM Iringi Selangor, Kelantan, Lioan XII Ke Separuh Akhir
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Lions XII dan Kelantan mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berakhirnya perlawanan suku akhir kedua, Selasa malam.
ATM yang membawa kelebihan jaringan 3-2 pada perlawanan suku akhir pertama Jumaat lepas, mencipta kejutan terbesar setelah menewaskan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.
Skuad Rusa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan, Mohd Alif Shamsudin seawal minit ketiga sebelum pemain pertahanan ATM Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak menyamakan kedudukan enam minit kemudian.
Penyerang berbisa ATM Marlon Alex James memastikan juara Liga Perdana itu melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama dengan dua jaringan berharga pada minit ke-42 dan 57 membawa agregat 6-3.
Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor pula mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan keputusan agregat 5-2 selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Johor FC di Stadium Shah Alam.
Pada perlawanan suku akhir pertama Selasa lepas, Selangor mencatatkan kemenangan selesa, 3-1 ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Lions XII yang membuat penampilan pertama Piala Malaysia meneruskan kemaraan selepas mencatatkan kemenangan selesa, 2-0 ke atas Pahang di Stadium Jalan Besar, Singapura untuk layak menerusi agregat 3-2.
Mereka sebelum itu tumpas 1-2 kepada Pahang pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lepas.
Dua jaringan pasukan Lions XII pada perlawanan tersebut dijaringkan kapten mereka Shahril Ishak pada minit ke-35 dan 79.
Kelantan pula hampir diaibkan pasukan kelab Felda United sebelum bangkit mencatatkan keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu untuk layak ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3.
Skuad Red Warriors sebelum ini mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Sabtu lepas.
Felda United terlebih dahulu mengejutkan Kelantan menerusi jaringan Mickael Antoine Curier pada minit ke-42 sebelum pemain pinjaman Kelantan dari Sabah, Mafry Balang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55.
Kelantan yang tidak berputus asa akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Norfarhan Muhammad pada minit ke-69 dan penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud pada masa kecederaan untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
Pada perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 5,6,11 dan 12 Okt ini, ATM akan menentang Lions XII manakala Selangor bertemu Kelantan. BERNAMA


mStar Online : Piala Malaysia: ATM Iringi Selangor, Kelantan, Lioan XII Ke Separuh Akhir

Juara bertahan rebah

UTUSAN/Saharuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Negeri Sembilan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2012 selepas tewas kepada juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 dalam pertemuan suku akhir kedua di Seremban, semalam.
Jaringan seawal minit keempat oleh Alif Shamsuddin tidak cukup untuk menyekat kegarangan pelawat yang hadir dengan gol oleh Aidil Zafuan Abd. Radzak dan dua lagi daripada Marlon Alex James di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.
Kemenangan menerusi gol minit kesembilan, 42 dan 57 itu, sebaliknya melayakkan ATM ke separuh akhir untuk menentang Lions XII, Jumaat ini dengan agregat besar 6-3 selepas mereka menang 3-2 pada pertemuan pertama di Selayang, Jumaat lalu.
Pasukan undangan dari Singapura yang kembali ke Piala Malaysia sejak 1994, Lions XII pula mengesahkan tiket lain ke separuh akhir dengan menundukkan Pahang 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura pada satu lagi suku akhir.
Biarpun tewas 1-2 di Kuantan, minggu lalu, kemenangan di gelanggang sendiri semalam membolehkan anak buah V. Sundramoorthy ini mara ke separuh akhir, Jumaat ini secara agregat 3-2.
Dalam pertembungan dramatik di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, jaringan Nor Farhan Muhamad dan Mohamed Ghaddar menghidupkan semula impian Kelantan untuk memburu gelaran ketiga mereka musim ini, Piala Malaysia dengan mengikat Felda United 2-2.
The Red Warriors nyaris tersingkir apabila dikejutkan gol pemain Felda United, Mickael Curier dan Farderin Kadir pada minit ke-42 dan 54, namun dua gol Farhan dan Ghaddar pada minit ke-70 dan masa kecederaan itu, menjadikan tuan rumah mara secara agregat 4-3.
Juara Piala FA dan Liga Super 2012 itu kini menempah pertemuan separuh akhir pertama di Kota Bharu, Sabtu ini dengan Selangor yang turut mara secara agregat 5-2 selepas menewaskan Johor FC 2-1 hasil jaringan S. Veenod dan Fitri Shazwan di Stadium Shah Alam, semalam.
Fernando Augusto cuba menghidupkan peluang dengan gol penyamaan Johor FC, namun kemaraan Gergasi Merah yang juga juara Piala Malaysia 32 kali tidak mampu dibendung pelawat lagi apabila menyambung kemenangan 3-1 dalam suku akhir pertama, minggu lalu.

myMetro | Juara bertahan getir

Juara bertahan getir

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KANCAH suku akhir Piala Malaysia musim ini menjanjikan saingan menarik selepas tujuh lagi pasukan mengesahkan tempat bagi mengiringi juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merebut piala paling berprestij dalam saingan bola sepak tempatan itu.
Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan akhirnya mengesahkan tempat mengiringi ATM untuk melepasi saingan Kumpulan B apabila mencatatkan kemenangan besar 6-1 di Kota Bharu sekali gus bergelar juara kumpulan menerusi perbezaan jaringan mengatasi ATM yang hanya seri 2-2 menentang Kedah.

Keputusan terbabit mengundang situasi kurang menyenangkan untuk ATM yang dikendalikan B Sathiananthan yang sepatutnya mendapat lawan lebih mudah dan kini terpaksa berdepan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan, juara Kumpulan C selepas terikat 1-1 dengan Felda United.
Namun mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila membiarkan Kedah bangkit pada akhir perlawanan untuk meledak dua gol bagi menafikan dua jaringan babak pertama menerusi tonggak importnya, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.

Manakala situasi menggembirakan buat Kelantan yang meledak enam gol di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk berada pada landasan terbaik meraih treble musim ini apabila dilihat selesa bertemu Felda United pada suku akhir dengan perlawanan pertama dijadual berlangsung 28 September ini.

Pasukan jemputan dari Singapura, LionsXII pula memastikan tiket ke suku akhir walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Johor FC sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan mengumpul sembilan mata untuk mengungguli Kumpulan A bagi menyingkirkan Johor yang menewaskan PKNS FC, 2-0.

Lawan menanti LionsXII adalah naib juara Kumpulan D, Pahang yang tewas mengejut 2-3 kepada T-Team menerusi jaringan lewat permainan Zairo Anuar Zailani.

Dua jaringan Mohd Amri Yahyah pada babak kedua memastikan Selangor layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan D untuk mengumpul 13 mata sekali gus menyingkirkan Pahang ke tempat kedua.
Namun Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menunggu hingga ke babak kedua permainan untuk membuka jaringan pada minit ke-66 sebelum pemain berpengalaman itu memastikan kehadirannya terus dirasai menerusi jaringan kedua pada minit ke-73.

Bagaimanapun aksi suku akhir pertama membabitkan Selangor dan LionsXII akan berlangsung pada Jumaat depan dan aksi timbal balik pada 26 September kerana kedua-dua pasukan terbabit dalam merebut Piala Sultan Selangor pada 29 September.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/1